Wednesday 30 September 2015

KESAN SAMPINGAN WHEY

Sesetengah orang mengalami alahan susu berkemungkinan alah kepada whey protein.
Dalam dos/sukatan yang sederhana whey protein pada umumnya tidak akan menyebabkan apa-apa kesan yang buruk.


Walau bagaimanapun, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan:

Sakit perut
Kekejangan
Kurang selera makan
Loya
Sakit Kepala 
Keletihan


Sunday 27 September 2015

KHASIAT WHEY PROTEIN

Whey protein bukan sahaja membekalkan tenaga kepada otot-otot dan jangan tersalah erti dalam pemahaman tentang whey protein. 
Sekiranya anda bekerja keras dalam latihan gym atau senaman di samping berpegang kepada diet yang penuh dengan protein tanpa lemak, sayur-sayuran fiber kaya dengan vitamin dan buah-buahan, dan makanan rendah karbohidrat akan tetapi anda masih belum mendapatkan hasil yang anda ingini, whey protein dapat membantu anda dalam memdapatkan keputusan yang lebih daripada hasil yang anda inginkan. Tetapi itu bukanlah satu-satunya sebab ianya harus menjadi sebahagian daripada rutin harian anda.........

MEMBAKAR LEMAK DAN MEMELIHARA OTOT

Andakah anda mengurangkan pengambilan kalori anda dengan harapan untuk membakar sedikit lemak? Jika YA, anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa para penyelidik di Minnesota telah menjalankan kajian selama 12 minggu di mana pengambilan kalori subjek telah dikurangkan sebanyak 500 kalori. Mereka kemudiannya memberikan beberapa subjek whey protein dan selebih subjek telah diberi minuman campuran isocaloric. Subjek yang mengambil whey protein mengalami kehilangan sejumlah 6.1 % lemak badan berbanding subjek yang tidak mengambil whey protein. Jadi, sekiranya anda teringin makan snek, cubalah minum whey protein shake ataupun whey protein bar, pastinya anda kenyang di samping dapat mengurangkan lemak.

MENINGKATKAN SAIZ DAN KEKUATAN

Bekerja keras dengan latihan di dalam gym dengan harapan untuk meningkatkan kekuatan?
Penyelidik di University Baylor di Waco, Texas telah mengambil 19 orang subjek lelaki untuk menjalankan latihan rintangan dalam tempoh 10 minggu dan memberikan sebahagian daripada mereka 14 gram whey dan kasein bersama dengan 6 gram asid amino bebas, dan memberikan selebih subjek 20 gram plasebo. Subjek yang mengambil whey protein mempunyai peningkatan yang lebih besar dalam jisim tanpa lemak dan juga kekuatan otot. Kuncinya adalah ikut contoh kajian yang dibuat iaitu mengambil whey satu jam sebelum dan selepas melakukan latihan atau senaman.

MENGURANGKAN KELAPARAN

Anda LAPAR? Whey boleh membantu anda mengurangkan rasa lapar di samping dapat mengelakkan pembentukan badan yang berlemak. Penyelidik Australia memberikan 28 subjek lelaki obesiti empat minuman yang berbeza. Subjek yang mengambil 50 gram whey telah dikurangkan tahap ghrelin yang ketara (ghrelin-hormon yang reflek kepada otak yang anda lapar) telah mengurangkan rasa kelaparan selama empat jam.
Jadi, daripada anda mengunyah makanan atau snek yang tidak sihat, minumlah whey protein terlebih dahulu, pastinya tidak akan rasa kelaparan.
Namun, bagi yang ingin kurus yang terlampau, adalah tidak bagus sekiranya anda mengambil jalan mudah dengan mengambil whey dalam dos yang amat tinggi oleh kerana dikhuatiri kesan sampingan yang lain mungkin disebabkan kekurangan ar di dalam badan.

CIRI-CIRI ANTI KANSER

Penyakit kanser merupakan penyakit yang membawa maut di samping tidak mempunyai cara pengubatan yang berkesan sehinggalah sekarang. Namun, ianya hanya dapat dielakkan. Mujurlah terdapat beberapa cara untuk melindungi diri daripadanya. Salah satu cara adalah mendapatkan pemeriksaan biasa untuk jenis-jenis kanser di klinik atau hospital yang berdekatan.

Kejayaan awal telah diterbitkan dalam Jurnal Anticancer Research iaitu menggunakan whey protein concentrate (WPC) dan glutathione dalam modulasi untuk merawat kanser. Pelbagai kajian juga telah menyimpulkan bahawa whey protein boleh membantu dalam memerangi beberapa kanser biasa termasuklan kanser prostat dan kolon. Sekiranya anda berisiko, beringatlah untuk mendapatkan bantuan dan mendengar nasihat profesional perubatan anda di samping pertimbangkanlah dalam mengambil whey protein dalam diet harian anda bagi mengelakkan risiko tersebut.

MENANGANI TEKANAN

Adakah anda selalu TERTEKAN ? STRESS ? Apabila anda berasa tertekan atau stress dengan masalah harian, jangan selalu mengambil jalan mudah meneguk minuman keras dan alkohol untuk menghilangkannya. Ini adalah kerana kajian di Belanda telah menemukan alternatif yang lebih baik bagi mereka yang sering mengalami tekanan. Penyelidik telah membahagikan 58 orang subjek yang mengalami tekanan dan menjalankan eksperimen terhadap mereka. Keputusan eksperimen mendapati bahawa mereka yang mengambil whey protein mengalami gejala kemurungan yang berkurangan dan berada dalam mood yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil whey protein. Mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat kemungkinan perubahan dalam serotonin otak kesan pengambilan whey. Oleh itu, daripada lemas dalam kesedihan dan mengambil minuman keras, pilihlah untuk mengambil whey protein untuk ketenangan dan kesegaran berpanjangan.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Ingin meningkatkan sistem imun anda? Sering DEMAM ? SELESEMA ?
Penyelidik University of Alberta mendapati bahawa subjek lelaki dalam kajian mereka yang terlibat dalam aktiviti aerobik berat mengalami tahap glutathione berkurangan yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf, penghadaman dan juga sistem imun. Walau bagaimanapun, mereka juga mendapati bahawa dengan penambahan diet/nutrisi whey protein, subjek kajian mengalami penurunan ketara yang lebih rendah dalam tahap glutathione. Jika anda suka melanjutkan sesi kardiovaskular tetapi tidak mahu mengambil risiko pengurangan tahap glutathion yang cepat, cubalah whey protein yang dapat melambatkan proses pengurangan yang ketara.

Whey protein juga boleh meningkatkan tindak balas imun pada kanak-kanak yang mempunyai asma. Satu kajian dalam Jurnal Antarabangsa Sains Makanan dan Pemakanan mendapati kanak-kanak yang mengidap asma ditambah dengan pengambilan whey selama sebulan mempunyai respon cytokine yang lebih baik.

MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Berita baik bagi yang bersenam di samping ingin menguruskan badan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Nutrition & Metabolism, subjek yang mengambil sebahagian kecil whey protein khusus (Prolibra , tinggi dalam leucine, peptida boiaktif dan kalsium susu) mengalami kehilangan lemak yang ketara di samping menunjukkan pemeliharaan otot yang besar tanpa lemak berbansing subjek yang hanya mengambil minuman kawalan.

MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL

Menurut kajian dalam British Journal of Nutrition, terdapat penurunan ketara dalam jumlah kolestrol dan kolestrol LDL pada minggu ke 12 dalam kumpulan subjek yang mengambil whey berbanding kumpulan subjek yang mengambil kasein.

MENURUNKAN TEKANAN DARAH DAN MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Tenusu mendapati bahawa minuman yang ditambah dengan whey protein menurunkan tekanan darah pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi dan risiko mereka memgidap penyakit hati dan strok juga adalah lebih rendah.

Selain itu, kajian lain juga mendapati bahawa whey protein dapat membantu menghalang pengurangan berat badan di kalangan pesakit HIV positif.



KANDUNGAN WHEY PROTEIN



Whey protein adalah campuran daripada yang berikut:

Beta - lactoglobulin (~ 65%)

Alpha - lactalbumin (~25%)

Bovine serum albumin (~ 8%)

Immunoglobins

MEMBINA OTOT (MUSCLE BUILDING) DENGAN WHEY PROTEIN

Whey protein biasanya diambil sebagai makanan tambahan selain melalukan aktiviti latihan senaman oleh kerana senaman sahaja tidak cukup kerana whey protein membantu membina jisim tisu tanpa lemak. Suplemen whey protein + senaman boleh membantu meningkatkan sintesisi protein dalam otot di samping menggalakkan pertumbuhan jisim tisu tanpa lemak. 

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Pemakanan Sukan dan Latihan Metabolisme membuat kesimpulan bahawa " pemgambilan whey protein bersama senaman memberikan manfaat yang lebih berbanding daripada melakukan hanya senaman atau latihan di gym semata-mata. Di samping itu, subjek lelaki yang mengambil whey protein mempunyai jisim tisu tanpa lemak yang lebih besar berbanding subjek yang tidak mengambilnya,


Hasil yang lebih baik dari segi kekuatan pula adalah dengan pengambilan supplement whey protein isolate (WPI) berbanding kasein. Ini terbukti dalam kajian lain yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Pemakanan Sukan dan Latihan Metabolisme di mana menyimpulkan bahawa dalam dua kumpulan subjek yang dikaji, subjek yang mengambil WPI mendapat hasil yang lebih baik dari segi kekuatan, jisim tanpa lemak, dan penurunan dalam jisim lemak berbanding suplemen dengan kasein semasa dalam tempoh 10 minggu program latihan dijalankan.



WHEY PROTEIN & KESIHATAN



Penggunaan whey protein sebagai sumber asid amino dan kesannya mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis telah menjadi tumpuan beberapa penyelidikan yang berterusan dari tahun 2007. Whey adalah satu sumber yang mempunyai banyak rantaian asis amino (BCAAs) di mana ianya digunakan untuk meransang sintesis protein. Apabila leucine ditelan dalam jumlah yang tinggi iaitu dengan pengambilan whey protein, terdapat ransangan lebih besar dalam sintesis protein yang boleh mempercepatkan pemulihan dan penyesuaian dalam latihan atau senaman. Whey protein mempunyai kira-kira 3 gram leucine dalam setiap hidangan dan untuk sintesis protein yang optimum hanya memerlukan 3 gram leucine.

Bukti saintifik telah menunjukkan bahawa protein yang tinggi dengan kandungan asid amino (EAA), cabang rantaian asid amino (BCAA) dan leucine (Leu) dikaitkan dengan peningkatan sintesis  protein otot, penurunan berat badan, menghilangkan lemak badan, dan menurunkan insulin plasma dan trigliserida profil. 

Satu kajian yang dilakukan oleh Hulmi et al (2009) mendapati subjek yang mengambil minuman whey protein menunjukkan keputusan peningkatan sebanyak 3 % di kawasan keratan rentas daripada vastus lateralis otot dan peningkatan sebanyak 5 % kekuatan otot lanjutan kaki isometrik. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang menyakinkan bahawa perbandingan bahagian atas badan otot atau kekuatan yang meningkat.

REFUELED "TASTE OF WHEY"


REFUELED NUTRITION FACTS


INFO WHEY


Susu diperbuat daripada dua protein iaitu kasein dan whey,



Whey protein boleh dipisahkan daripada kasein dalam susu atau dibentuk sebagai hasil sampingan pembuatan keju,
Whey protein dianggap sebagai protein lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino penting di samping rendah dalam kandungan laktosa.


Whey protein selalunya diambil sebagai makanan tambahan di samping senaman dan latihan, untuk membantu meningkatkan sintesis protein otot dan menggalakkan pertumbuhan jisim tisu tanpa lemak.


Saturday 26 September 2015

WHEY PROTEIN - REFUELED


Nama Produk : Refueled
Kuantiti : 1.5 lbs 
Saiz Hidangan: 33g per hidangan
Jenis Protein : WPI + WPC80
Perisa : Dutch Chocolate

Produk Refueled mengandungi ;
26 gram protein
3 gram karbohidrat
1 gram gula
1 gram lemak

Refueled diformulakan dengan Whey Protein Isolate (WPI) iaitu protein asli yang mengandungi 90 % protein.
Gred premium whey protein membolehkan peningkatan otot tanpa lemak tanpa perlu risau akan risiko kegemukan.

Refueled dihasilkan dengan formula kandungan dan dos yang berkesan dalam menggalakkan keputusan dan hasil yang lebih baik. 
Refueled adalah selamat daripada bahan tiruan.
Refueled adalah campuran terbaik yang mempunyai rasa yang hebat.

Refueled mempunyai profil amino iaitu kandungan BCAA yang tinggi di mana menggalakkan pembentukan otot.
Refueled mempercepatkan protein sintesis dengan leucine dan memulihara sistem otot dengan lysine.

Refueled yang mengandungi whey protein isolate sebagai sumber asas protein digabungkan dengan whey protein concentrate 80 (WPC80) di mana mengandungi peptida yang baik dalam menyokong sistem kawalan imun.





KETAHUI JENIS WHEY PROTEIN


Terdapat 3 jenis whey protein utama : whey protein concentrate (WPC), whey protein isolate (WPI) dan whey protein hydrolysate (WPH)

Whey Protein Concentrate (WPC)
mengandungi tahap rendah lemak dan rendah karbohidrat (laktosa). Peratusan protein WPC bergantung kepada kepekatan (dua jenis) iaitu paking rendah adalah 30% manakala paling tinggi 90%.

Whey Protein Isolate (WPI)
WPI diproses untuk membuang dan mengasingkan semua lemak dan laktosa. WPI mempunyai sekurang kurangnya 90% protein.

Whey Protein Hydrolysate (WPH)
WPH dianggap sebagai bentuk protein "yang telah dicernakan" oleh kerana ianya telah menjalani proses separa hidrolisis - proses yang perlu dalam badan untuk menyerap protein. WPH senang dihadam berbanding dua jenis whey protein WPC dan WPI. Di samping itu, WPH mengandungi lebih kandungan insulin dan ianya biasa digunakan dalam makanan tambahan protein perubatan dan formula bayi kerana penghadaman yang senang di samping mengurangkan potensi alergi.