Sunday 15 November 2015

KURUSKAN BADAN TIPS #2





Hi, saya datang lagi...dengan TIPS #2 iaitu tips yang tidak kuruskan badan dengan cepat akan tetapi akan kuruskan badan di samping maintain dan balance naik turun berat badan anda biar pun anda rasa nak craving aiskrim lah...cendol lah..abc lah ae...cokelat ke..kan..

Kalau betul betul nak kuruskan badan la ae, tak payah la kurus sangat ae, nanti macam lidi penyapu kat luar rumah saya pula..hihi

Ok, "straight to the point", petua nak maintainkan berat badan ni senang ja cik kak sik adik,

1. Jaga masa makan anda

Masa makan, faham ke tak. Ok macam ni, masa makan pagi tengahari & malam hari hari mesti sama. Janganlah kita main hentam je masa makan kita ya. Contohnya breakfast selalunya jam 8 pagi, so setiap hari breakfast kita jam 8 la ya. Tengahari & malam pun sama. Malam kalau makan yang ringan-ringan pun tak pa janji ada alas perut & yang paling penting masa makan tu mestilah nak sama. Sebab apa ae? Sebab perut kita ni pun macam kita juga, kalau selalu makan tak tentu masa boleh jadi confuse aka keliru.Hahaa...jadi penghadaman jadi tak teratur juga sebab masa makan pun tak teratur.

p/s kalau sekali sekala boleh la..hehe...ada function ka apa2 ka, boleh dimaafkan.. peace!

2. Jangan makan lewat malam

Yang ni saya rasa semua orang dah tau tapi buat buat tak tau kan.. Yela, bila kita kerja sampai lewat malam perut jadi lapar so apa lagi makan lah kan kan...
Ok, tabiat ini kita perlu singkirkan oleh kerana pada waktu malam, kita kan dah nak siap siap tidur dah. Jadi, perut kita pun macam kita juga, nak rehat juga. Jadi pemprosesan dia jadi lambat dan xsempurna la kot orang cakap kan. Seboleh-bolehnya 1 jam sebelum tidur jangan makan ok. Kalau tak nak tidur boleh la tapi still ada kesan juga. Sebab semua website website yang saya kunjungi bagi info makan sebelum jam 8 malam. Eh, betul la tu, tapi kalau lebih pun xpa janji jam tidur tu boleh lewat sikit ae.

3. Jangan tidur lewat

Eh, apa kena mengena ni??? Ha.. nak habaq mai (eh), punca kegemukan selalunya dikaitkan dengan waktu rehat aka waktu tidur anda. Sekiranya badan kita cukup rehat cukup segalanya, badan kita akan dapat maintain diri dia dengan sendirinya. Betul ke ar? Betul la tu kot. Contohnya saya selalu amalkan tidur awal, elakkan dari tidur terlalu lewat sebab badan kita perlu rehat. Nanti esok esok tak ada tenaga dia nak hadam makanan kita...hehe.. Tah la tapi fakta mengatakan nak badan maintain, jangan selalu tidur lewat malam, ni betul2 bukan cubaan bukan tipu-tipu. Jadi, amalkan hidup sihat, sayangi badan anda.

4. Bersenam / Bergym

Ni pun bukan lagi xtau, memang familiar. Bagi-bagi yang tak pernah nak bersenam, luangkanlah sedikit masa anda untuk bersenam atau berjoging atau bergym. Seminggu sekali pun xpa supaya nanti dapat meregangkan otot-otot kat badan tu ha.. Bekeriuk keriuk sudah...Hihi..
Sekurang-kurangkan kita dapat maintain kesihatan bukan badan je ya...

5. Berprotein

Huh??? apa ni... Kalau bersenam sambil nak badan yang maintain sihat & buang lemak di samping mengetulkan badan sikit boleh lah amek protein ya. Whey protein. Memang nak promote juga tapi bukan saja-saja nak promote, untuk kebaikan bersama. Tak rugi kan kan. Protein Refueled ni protein baru banyak yang masih xkenal, so kalau nak kenal cuba la dulu baru tau... OK ke X, Bagus ke X kan.. Hmm...

6. Kawal pemakanan

Orang cakap breakfast boleh makan banyak. BOLEH... sebab apa kalau makan breakfast banyak, nanti lunch boleh makan sikit sebab masih kenyang kan. Malam tu kalau boleh jangan makan banyak sangat & gula kurangkan dalam pemakanan. GULA adalah salah satu sebab kenapa kita xdapat nak kawal berat badan kita. Walaupun korang nak cakap eh kami mana ada makan gula. Memang la xda korang xnampak. GULA ada dalam makanan yang korang makan.
Pernah tak korang rasa liat sangat nak bangun pagi.Badan rasa berat sangat..lenguh lenguh tulang. Rasa malas ja nak bangun sebab badan berat. Pernah ke selalu. Tipsnya, kalau malam jangan makan terlalu banyak terutamanya makanan yang terlalu banyak minyak dan gula. Ingat tu! kalau tak percaya cuba sekali amalkan kurang gula dgn kurang minyak, mesti badan segar ja bangun pagi. Bukan nak kencing korang. Ini saya sendiri dah pernah test.

7. Tolong jangan laparkan perut anda

Maksudnya, tolong jangan tak makan, kita ni benda hidup, perlukan makanan untuk hidup. Jangan pula hidup untuk makan pula.Terbalik. Tolong jangan sekali-kali ingat kalau tak makan boleh kurus, simple. Tolong ae, memang kurus tapi kurus yang buruk. Kesian perut tu minta makan tapi dipaksa. Nanti gastrik, sakit tau gastrik. Ingat sedap ke gastrik? Kalau rasa lapar bila waktu yang belum sesuai untuk makan minum la air dulu biar perut kenyang tapi bila memang dah masa kita makan, makan la ye nak. Makan pun berpada-pada jangan main hentam je. Hihi

setakat tu jela celoteh saya di hari minggu. Semoga berjumpa lagi.


Sunday 8 November 2015

KURUSKAN BADAN CEPAT!!! TIPS 1#


Hai hai hai....
Nak kuruskan badan ye? Cepat-cepat ye?

Adik-adik...kakak-kakak...

TIPS  #1 : Cara-cara kuruskan badan yang sangat cepat:

1. Tidak makan nasi & makanan berat
2. Tidak makan pagi, tengahari & malam
3. Minum air & makan makanan ringan & buah-buahan untuk alas perut je
4. Amalkan sampailah berat kau turun dalam beberapa kilo (sampai target berat)
5. Joging

Kesimpulannya, intipati sari TIPS #1 ini adalah simple sahaja ye... DONT EAT!!!

HA... boleh ae macam ni....

TIPS ini SANGAT MEMUDARATKAN KESIHATAN...SAYA ULANG.. MEMUDARATKAN KESIHATAN...
SO PLEASE....I KNOW WE ALL WANT AN IDEAL WEIGHT...HOWEVER, BE CAREFUL!

KENAPA memudaratkan kesihatan???

Badan kita memerlukan protein dan segala zat zat untuk tumbesaran, yang dewasa pun masih perlu tau bukan yang kecil je. Makin kita membesarkan metabolisme kita pun akan berubah ubah. Mesti hairan kan masa kecil kecil dahulu kita rasa kita tak pandai nak gemuk pun kan. Tapi bila dah meningkat umur mula la rasa makan sikit ja gemuk, makan banyak sikit gemuk.Kan..

Kalau kita tak makan nasi atau roti, karbohidrat tidak ada dalam badan, kalau tak makan daging atau ikan nanti tak cukup protein..
Sekiranya kita hanya mengamalkan diet teruk dalam pemakanan kita, ianya akan memberikan kesan yang buruk dalam badan kita. Jadi, tolong sayang badan kita. Ya, mau kurus tetapi beringat juga bahawa kesihatan adalah yang paling penting.

Jadi, katakanlah badan dah kurus kita amalkan diet TIPS #1, tapi kesan lain akan dapat kita lihat di mana muka pucat tak berseri, kelihatan kurus dan tidak bermaya.. Kenapa eh? sebab badan kita dah tak cukup nutrien dan zat.

Dan yang paling penting, bila korang rasa korang dah kurus mesti korang nak makan lagi dalam harapan tak naik la berat, pun naik sikit je kan. Alih alih korang makan berat dah naik dah..tu baru makan sikit..hehe... jadi diet TIPS 1# ni kalau korang makan banyak lepas tu naik balik la...huhu...

Jadi, fikir fikirkanlah nak diet yang ni ke tak..Agak sengsara saya ingatkan & kalau nak buat sesuatu kena la fikir long term dulu ae...Jangan main bedal je.

#peace