Saturday 26 September 2015

KETAHUI JENIS WHEY PROTEIN


Terdapat 3 jenis whey protein utama : whey protein concentrate (WPC), whey protein isolate (WPI) dan whey protein hydrolysate (WPH)

Whey Protein Concentrate (WPC)
mengandungi tahap rendah lemak dan rendah karbohidrat (laktosa). Peratusan protein WPC bergantung kepada kepekatan (dua jenis) iaitu paking rendah adalah 30% manakala paling tinggi 90%.

Whey Protein Isolate (WPI)
WPI diproses untuk membuang dan mengasingkan semua lemak dan laktosa. WPI mempunyai sekurang kurangnya 90% protein.

Whey Protein Hydrolysate (WPH)
WPH dianggap sebagai bentuk protein "yang telah dicernakan" oleh kerana ianya telah menjalani proses separa hidrolisis - proses yang perlu dalam badan untuk menyerap protein. WPH senang dihadam berbanding dua jenis whey protein WPC dan WPI. Di samping itu, WPH mengandungi lebih kandungan insulin dan ianya biasa digunakan dalam makanan tambahan protein perubatan dan formula bayi kerana penghadaman yang senang di samping mengurangkan potensi alergi.

No comments:

Post a Comment