Sunday 27 September 2015

MEMBINA OTOT (MUSCLE BUILDING) DENGAN WHEY PROTEIN

Whey protein biasanya diambil sebagai makanan tambahan selain melalukan aktiviti latihan senaman oleh kerana senaman sahaja tidak cukup kerana whey protein membantu membina jisim tisu tanpa lemak. Suplemen whey protein + senaman boleh membantu meningkatkan sintesisi protein dalam otot di samping menggalakkan pertumbuhan jisim tisu tanpa lemak. 

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Pemakanan Sukan dan Latihan Metabolisme membuat kesimpulan bahawa " pemgambilan whey protein bersama senaman memberikan manfaat yang lebih berbanding daripada melakukan hanya senaman atau latihan di gym semata-mata. Di samping itu, subjek lelaki yang mengambil whey protein mempunyai jisim tisu tanpa lemak yang lebih besar berbanding subjek yang tidak mengambilnya,


Hasil yang lebih baik dari segi kekuatan pula adalah dengan pengambilan supplement whey protein isolate (WPI) berbanding kasein. Ini terbukti dalam kajian lain yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Pemakanan Sukan dan Latihan Metabolisme di mana menyimpulkan bahawa dalam dua kumpulan subjek yang dikaji, subjek yang mengambil WPI mendapat hasil yang lebih baik dari segi kekuatan, jisim tanpa lemak, dan penurunan dalam jisim lemak berbanding suplemen dengan kasein semasa dalam tempoh 10 minggu program latihan dijalankan.



No comments:

Post a Comment