Sunday 27 September 2015

WHEY PROTEIN & KESIHATAN



Penggunaan whey protein sebagai sumber asid amino dan kesannya mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis telah menjadi tumpuan beberapa penyelidikan yang berterusan dari tahun 2007. Whey adalah satu sumber yang mempunyai banyak rantaian asis amino (BCAAs) di mana ianya digunakan untuk meransang sintesis protein. Apabila leucine ditelan dalam jumlah yang tinggi iaitu dengan pengambilan whey protein, terdapat ransangan lebih besar dalam sintesis protein yang boleh mempercepatkan pemulihan dan penyesuaian dalam latihan atau senaman. Whey protein mempunyai kira-kira 3 gram leucine dalam setiap hidangan dan untuk sintesis protein yang optimum hanya memerlukan 3 gram leucine.

Bukti saintifik telah menunjukkan bahawa protein yang tinggi dengan kandungan asid amino (EAA), cabang rantaian asid amino (BCAA) dan leucine (Leu) dikaitkan dengan peningkatan sintesis  protein otot, penurunan berat badan, menghilangkan lemak badan, dan menurunkan insulin plasma dan trigliserida profil. 

Satu kajian yang dilakukan oleh Hulmi et al (2009) mendapati subjek yang mengambil minuman whey protein menunjukkan keputusan peningkatan sebanyak 3 % di kawasan keratan rentas daripada vastus lateralis otot dan peningkatan sebanyak 5 % kekuatan otot lanjutan kaki isometrik. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang menyakinkan bahawa perbandingan bahagian atas badan otot atau kekuatan yang meningkat.

No comments:

Post a Comment