Sunday 27 September 2015

KHASIAT WHEY PROTEIN

Whey protein bukan sahaja membekalkan tenaga kepada otot-otot dan jangan tersalah erti dalam pemahaman tentang whey protein. 
Sekiranya anda bekerja keras dalam latihan gym atau senaman di samping berpegang kepada diet yang penuh dengan protein tanpa lemak, sayur-sayuran fiber kaya dengan vitamin dan buah-buahan, dan makanan rendah karbohidrat akan tetapi anda masih belum mendapatkan hasil yang anda ingini, whey protein dapat membantu anda dalam memdapatkan keputusan yang lebih daripada hasil yang anda inginkan. Tetapi itu bukanlah satu-satunya sebab ianya harus menjadi sebahagian daripada rutin harian anda.........

MEMBAKAR LEMAK DAN MEMELIHARA OTOT

Andakah anda mengurangkan pengambilan kalori anda dengan harapan untuk membakar sedikit lemak? Jika YA, anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa para penyelidik di Minnesota telah menjalankan kajian selama 12 minggu di mana pengambilan kalori subjek telah dikurangkan sebanyak 500 kalori. Mereka kemudiannya memberikan beberapa subjek whey protein dan selebih subjek telah diberi minuman campuran isocaloric. Subjek yang mengambil whey protein mengalami kehilangan sejumlah 6.1 % lemak badan berbanding subjek yang tidak mengambil whey protein. Jadi, sekiranya anda teringin makan snek, cubalah minum whey protein shake ataupun whey protein bar, pastinya anda kenyang di samping dapat mengurangkan lemak.

MENINGKATKAN SAIZ DAN KEKUATAN

Bekerja keras dengan latihan di dalam gym dengan harapan untuk meningkatkan kekuatan?
Penyelidik di University Baylor di Waco, Texas telah mengambil 19 orang subjek lelaki untuk menjalankan latihan rintangan dalam tempoh 10 minggu dan memberikan sebahagian daripada mereka 14 gram whey dan kasein bersama dengan 6 gram asid amino bebas, dan memberikan selebih subjek 20 gram plasebo. Subjek yang mengambil whey protein mempunyai peningkatan yang lebih besar dalam jisim tanpa lemak dan juga kekuatan otot. Kuncinya adalah ikut contoh kajian yang dibuat iaitu mengambil whey satu jam sebelum dan selepas melakukan latihan atau senaman.

MENGURANGKAN KELAPARAN

Anda LAPAR? Whey boleh membantu anda mengurangkan rasa lapar di samping dapat mengelakkan pembentukan badan yang berlemak. Penyelidik Australia memberikan 28 subjek lelaki obesiti empat minuman yang berbeza. Subjek yang mengambil 50 gram whey telah dikurangkan tahap ghrelin yang ketara (ghrelin-hormon yang reflek kepada otak yang anda lapar) telah mengurangkan rasa kelaparan selama empat jam.
Jadi, daripada anda mengunyah makanan atau snek yang tidak sihat, minumlah whey protein terlebih dahulu, pastinya tidak akan rasa kelaparan.
Namun, bagi yang ingin kurus yang terlampau, adalah tidak bagus sekiranya anda mengambil jalan mudah dengan mengambil whey dalam dos yang amat tinggi oleh kerana dikhuatiri kesan sampingan yang lain mungkin disebabkan kekurangan ar di dalam badan.

CIRI-CIRI ANTI KANSER

Penyakit kanser merupakan penyakit yang membawa maut di samping tidak mempunyai cara pengubatan yang berkesan sehinggalah sekarang. Namun, ianya hanya dapat dielakkan. Mujurlah terdapat beberapa cara untuk melindungi diri daripadanya. Salah satu cara adalah mendapatkan pemeriksaan biasa untuk jenis-jenis kanser di klinik atau hospital yang berdekatan.

Kejayaan awal telah diterbitkan dalam Jurnal Anticancer Research iaitu menggunakan whey protein concentrate (WPC) dan glutathione dalam modulasi untuk merawat kanser. Pelbagai kajian juga telah menyimpulkan bahawa whey protein boleh membantu dalam memerangi beberapa kanser biasa termasuklan kanser prostat dan kolon. Sekiranya anda berisiko, beringatlah untuk mendapatkan bantuan dan mendengar nasihat profesional perubatan anda di samping pertimbangkanlah dalam mengambil whey protein dalam diet harian anda bagi mengelakkan risiko tersebut.

MENANGANI TEKANAN

Adakah anda selalu TERTEKAN ? STRESS ? Apabila anda berasa tertekan atau stress dengan masalah harian, jangan selalu mengambil jalan mudah meneguk minuman keras dan alkohol untuk menghilangkannya. Ini adalah kerana kajian di Belanda telah menemukan alternatif yang lebih baik bagi mereka yang sering mengalami tekanan. Penyelidik telah membahagikan 58 orang subjek yang mengalami tekanan dan menjalankan eksperimen terhadap mereka. Keputusan eksperimen mendapati bahawa mereka yang mengambil whey protein mengalami gejala kemurungan yang berkurangan dan berada dalam mood yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil whey protein. Mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat kemungkinan perubahan dalam serotonin otak kesan pengambilan whey. Oleh itu, daripada lemas dalam kesedihan dan mengambil minuman keras, pilihlah untuk mengambil whey protein untuk ketenangan dan kesegaran berpanjangan.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Ingin meningkatkan sistem imun anda? Sering DEMAM ? SELESEMA ?
Penyelidik University of Alberta mendapati bahawa subjek lelaki dalam kajian mereka yang terlibat dalam aktiviti aerobik berat mengalami tahap glutathione berkurangan yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf, penghadaman dan juga sistem imun. Walau bagaimanapun, mereka juga mendapati bahawa dengan penambahan diet/nutrisi whey protein, subjek kajian mengalami penurunan ketara yang lebih rendah dalam tahap glutathione. Jika anda suka melanjutkan sesi kardiovaskular tetapi tidak mahu mengambil risiko pengurangan tahap glutathion yang cepat, cubalah whey protein yang dapat melambatkan proses pengurangan yang ketara.

Whey protein juga boleh meningkatkan tindak balas imun pada kanak-kanak yang mempunyai asma. Satu kajian dalam Jurnal Antarabangsa Sains Makanan dan Pemakanan mendapati kanak-kanak yang mengidap asma ditambah dengan pengambilan whey selama sebulan mempunyai respon cytokine yang lebih baik.

MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Berita baik bagi yang bersenam di samping ingin menguruskan badan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Nutrition & Metabolism, subjek yang mengambil sebahagian kecil whey protein khusus (Prolibra , tinggi dalam leucine, peptida boiaktif dan kalsium susu) mengalami kehilangan lemak yang ketara di samping menunjukkan pemeliharaan otot yang besar tanpa lemak berbansing subjek yang hanya mengambil minuman kawalan.

MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL

Menurut kajian dalam British Journal of Nutrition, terdapat penurunan ketara dalam jumlah kolestrol dan kolestrol LDL pada minggu ke 12 dalam kumpulan subjek yang mengambil whey berbanding kumpulan subjek yang mengambil kasein.

MENURUNKAN TEKANAN DARAH DAN MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Tenusu mendapati bahawa minuman yang ditambah dengan whey protein menurunkan tekanan darah pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi dan risiko mereka memgidap penyakit hati dan strok juga adalah lebih rendah.

Selain itu, kajian lain juga mendapati bahawa whey protein dapat membantu menghalang pengurangan berat badan di kalangan pesakit HIV positif.



No comments:

Post a Comment